Saturday, July 2, 2011

doa yang tersisa

baru-baru ni fathers' day,
walau pun bukan budaya islam, tapi aku rasa ia nya wajar untuk mengingati seorang ayah

bila aku mengingati abah ku,
akan datang satu perasaan yang orang lain mungkin tak faham
mungkin perasaan itu boleh disimpulkan dalam satu perkataan-kehilangan-

apa yang hilang? sangat banyak
tapi yang paling aku terkesan, aku kehilangan doanya

kalau dulu, waktu susah
aku boleh minta abah doakan aku
sekarang dah tak ada dah, aku kena doa sendiri

tapi, alhamdulillah hidup ku setelah abah pergi tidak lah susah sangat
aku mampu menguruskan masalah diri sendiri, emak dan adik-adik
dan aku sangat bersyukur pada Mu Ya Rahim..

namun, aku tertanya-tanya dari mana datang ilham dan kekuatan
untuk aku menguruskan semua ini

memang aku tidak wajar mempersoalkan kebaikan Allah kepadaku
cuma aku berasa kebaikan sentiasa di samping ku

sampai suatu hari aku terfikir
mungkin ini berkat doa abah kepada ku?
sebab aku tahu ada doa kita yang Allah perkenankan serta-merta
dan ada yang Allah tangguhkan sehingga masa yang sesuai
semata-mata untuk kebaikan ku

sesungguhnya aku yakin dan percaya
masih ada doa abah yang baru dikabulkan
dan mungkin juga doa-doa dari orang lain untukku
terima kasih..

doa yang sangat halus sifatnya
hubungan anak-beranak juga halus sifatnya
dan dengan itu aku percaya, doa-doa ku untuk emak dan adik-adik
kalau pun masih belum dimakbulkan kini
akan dimakbulkan kemudian
mungkin setelah aku tiada

tapi, biasa lah manusia memang kurang sabarnya
sering juga aku mengeluh dan berkeluh kesah
sebab aku tak dapat apa yang aku doa

ampun kan aku yang tidak sabar ini Ya Allah
janganlah Kau murka padaku, aku yakin Kau akan perkenankan permintaanku
cepat atau lambat Kau Maha Penentu

semoga Allah memelihara abahku sebaik-baiknya di sana
kerana doa-doanya untukku

semoga aku mensisakan doa untuk emak dan adik-adikku
bukan mensisakan dosa dan juga hutang kepada mereka..

Saturday, May 7, 2011

emak..

emak aku orangnya cantik, sabar,tenang, tabah, baik,tegas dan berseni...

mungkin orang akan cakap aku ni bias, ye la mak sendiri kan
tapi hakikatnya memang macam tu..

cantik...
mak memang cantik
umur dah 55, tapi tak nampak pun
senyum je selalu
badan slim, so aku berbangga dengan mak
aku ni tak tau la esok umur 55 rupa ape..

mak aku sabar, tenang dan tabah..
apa pun cabaran yang datang, mak relax je
kadang-kadang aku yang gelabah terlebih
selalu mak lah yang menyabarkan aku
tiga perkara ni aku perlu belajar lagi daripada mak

mak aku baik dan tegas
ni bukan aku cakap sorang, staf2 mak pun cakap macam tu
even anak2 murid mak pun cakap macam tu
dulu mak ada ajar aku masa form 1 & form 2
so, anak2 murid mak kawan2 aku..sebab tu aku tau..
nasib baik mak tegas, so kami ni jadi lah orang, alhamdulillah

mak aku orangnya berseni..
keliling rumah ada cross-titch,
tu belum lagi time raya mak keluarkan alas tv dengan chair-back yang mak kait
baju mak dan kitorang semua mak jahit sendiri
masa nak kawen dulu mak kait cadar pengantin sendiri
pekerjaan mak-cikgu seni..

selain itu, banyak lagi yang mak pandai
dari kecik aku rasa mak ni macam magician
contoh-bila aku jauh, pastu nak exam atau takde duit
telefon mak mesti rasa tenang & problem solved
padahal aku tau mak pun tak ada duit,
tapi untuk aku, ada pulak duitnya, kan magic tu..

mak jugak seorang superwoman
dia tak suka keluar rumah malam
dengan aku sekali dia tak bagi keluar malam
tapi ada satu malam mak ajak aku keluar pegi pekan
bila aku citer nak beli alat jahitan untuk projek ert form 3
kitorang nak basikal sorang satu, takde kete masa tu
so, sebab kan aku, mak lawan diri sendiri nak keluar malam

pernah ibu jari aku terseliuh disepak adik
aku dengan adik lelaki aku memang kuat gaduh sebab kami dua orang aje
lepas adik lelaki aku umur 7 tahun, baru dapat adik ketiga, dan lepas tu keempat
mak dengan konfiden+ bismillah + selawat, selamba je mak tarik balik jari aku tu
tak yah pegi sepital bagai
so, dari sini aku tau mak memang berani

dari senarai perkara dan peristiwa di atas,
dapat lah aku simpulkan banyak kualiti yang perlu ada untuk menjadi seorang emak
aku pernah tanya, mak memang macam tu ke sejak anak dara?
then mak kata-tak jugak, ada yang dia berjaya develop lepas kawen dan ada anak
so, aku rasa semua akan berubah ikut masa dan kematangan

aku rasa ada benda aku macam mak
tapi banyak lagi yang tak sama
jahit baju, haram tak reti
esok anak aku nak pakai ape? huhu

terima kasih ye mak,
jaga aku selama ni
aku akan jadi yang terbaik untuk mak
semoga Allah panjangkan umur mak
dan berkati mak..amin..

puji-pujian untuk mak aku, mak-mak sedara
mak-mak kawan aku
dan semua mak sedunia...

orang baru nak kahwin...

semalam balik dari town dengan housemate
jumpa sorang kakak dalam lif
dia tengok kitorang beli barang banyak
tapi benda-benda seperti megi, sosej, sos, jajan dsb

then , akak tu pun tegur-banyak megi
then aku cakap-biasa la orang bujang
then housemate aku cakap-bukan, orang baru nak kahwin
so, aku pun terfikir, mungkin sebab aku masih membujang
sebab asyik cakap aku bujang or single
lepas ni aku nak tukar cakap-orang baru nak kahwin

maybe dengan penukaran ini jodoh ku akan dekat
kan ape yang kita cakap tu doa

terima kasih kepada housemate ku
semoga kita pun cepat-cepat bertemu jodoh dengan orang yang baik..amin..

Saturday, April 30, 2011

aduhai abah..


pada suatu hari, ada seorang pakcik datang ke rumah
dia bekerja sebagai pengutip barang-barang terbuang
seperti paper lama, tin, besi, botol dan sebagainya

kedatangannya ke rumah disambut oleh adik saya,
berikut adalah dialog pakcik itu dengan adik saya...

pakcik- abah ada?
adik- takde
pakcik- takpe lah
adik- pakcik, abah dah meninggal
pakcik- bila? dah lama dah?
adik- dah 2 tahun lebih pakcik
pakcik- laa..pakcik tak tau

seterusnya, adik bertanya lagi...

adik- pakcik ni kawan abah ke?
pakcik- tak,sedara
adik- oooo, kenapa pakcik cari abah?
pakcik- basikal pakcik kemek, ada orang langgar,
selalu kalau jumpa abah kau, mesti dia tolong...
adik- abah bagi duit ke?
pakcik- tak nak, abah kau nanti bagi pakcik besi-besi dengan kayu yang dah tak pakai,
tak pe lah, pakcik balik dulu


mendengar cerita pakcik itu, sayu hati mengenangkan abah
sejak dia meninggal, ramai datang ke rumah atas urusan hutang piutang
tapi, kali ni pakcik ni datang memberi sisi berbeza abah
mungkin abah tak ada duit, sebab tu dia bagi kayu dan besi buruk pada pakcik tu

pengajaran nya yang aku dapat..
1. bawak kereta jangan laju2 sampai langgar orang atau kenderaannnya, nanti susah dia nak carik makan
2. jangan berkira soal sedekah, kita tak tau story orang tu
3. jadilah seperti abah, walau pun susah, dia bagi je apa yang ada kat orang yang lagi susah tu

harap2 aku dapat berbuat sesuatu untuk pakcik tu
semoga aku jumpa dengan dia dan dapat hulurkan sesuatu
supaya pahalanya sampai kepada abah..

semoga Allah permudahkan dia di sana
semoga sedekah kepada pakcik itu dapat membantu dia

hari ni pergi kenduri rumah sepupu abah
aku nampak abah di mana-mana
adik- beradik lelaki abah dan sepupu-sepupunya
muka ada iras dan rupa...aduhai...

Saturday, April 16, 2011

pemikul amanah..

aku pemikul amanah....?
boleh jadi kenyataan atau soalan
yang pasti lepas abah meninggal,
secara otomatik aku pegang amanah ibu tunggal dan anak-anak yatim
takde paksaan, bukan kebetulan
memang dah macam tu

bila ada satu pihak dah buka jalan rundingan,
wajar untuk aku memberi respon, mendengar sekurang-kurangnya
walau pun aku tak kisah dan tak akan ungkit hal itu
tapi sebagai pemegang amanah, aku perlu pertimbangkan juga

tanggungjawab tak boleh dipilih,
datang sendiri dan perlu dilaksana

semoga Allah memberi ilham yang terbaik
untuk aku melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini..

Amin..

Saturday, April 9, 2011

sayang Cik Siti...


aku ada jiran
nama dia Cik Siti
dia jiran yang sangat baik
suka senyum..walaupun suara dia kuat

Cik Siti baik sebab dia kuat simpan rahsia
nak tau rahsia apa?
masa aku kecik-kecik dalam darjah 4 hingga 6
depan rumah Cik Siti dah jadi macam pit-stop
setiap kali aku balik dari kedai
sebab nak habiskan ais krim atau jajan sebelum sampai rumah
nanti Cik Siti mesti cakap.."haa..tu nak sorok dari adik lah tu.."
aku sengih-sengih je la masa tu
bukan sebab tak nak bagi adik
tapi adik kecik lagi..mak tak bagi makan jajan
sebab tu kena menyorok dulu..

fizikal Cik Siti berubah lepas suami dia meninggal...
daripada gemuk menjadi kurus
sekurus-kurusnya..
bila aku dah keluar ke asrama dan sekarang dah kerja
setiap kali aku lalu,
Cik Siti mesti duduk dekat tembok rumah dia
kadang-kadang dia tengah sapu-sapu daun
kitorang selalu angkat-angkat tangan je
then dia senyum kat aku

sekarang dah tak ade orang nak angkat tangan lagi
sebab Cik Siti dah tak ada
dia meninggal sakit paru-paru berair
baru seminggu...

semoga Eda dan Iwan tabah sebab mama dah tak ade
semoga Allah mengampuni dan merahmati roh Cik Siti
sebab dia ada amalan yang berkekalan di bawa ke sana

masa aku kecik..setiap kali maghrib Cik Siti mesti berdiri kat tepi padang pegang rotan
bila nampak je Cik Siti..satu padang hilang
balik rumah sebab tau dah maghrib, nak solat

terima kasih Cik Siti, sebab Cik Siti kitorang tak kena marah dengan mak
sebab Cik Siti, kitorang tak tinggal maghrib, seterusnya mengaji, pergi tuisyen dan buat kerja sekolah
sebab Cik Siti jugak lah kitorang keliling padang ni jadi orang berjaya

Ya Allah, pelihara lah Cik Siti sebaik-baiknya..Amin...


Sunday, March 20, 2011

dunia..

tahun 2011 baru masuk bulan 3
tapi macam-macam dah jadi pada dunia
mula dengan rusuhan dan rampasan kuasa di asia barat
sekarang gempa bumi dan tsunami di asia timur pula

tapi manusia memang tak pernah sedar dan belajar
masih lagi dengan perangai yang sama
mana yang tamak, terus tamak
mana yang menindas, tetap menindas
yang enjoy dan joli katak terus bergembira
luncai terjun dengan labu, mat jenin tetap berangan-angan
seolah-olah apa yang sedang jadi pada dunia tak ada apa-apa

situasi kita di Malaysia, berita dunia akan ditutup dengan berita pilihanraya
terus terang aku malas nak tengok berita dan baca surat khabar bila ada sahaja pilihanraya
tapi, kalau dilihat dari sudut positif, ini lah sahaja masa yang ada untuk anak tempatan mengadu nasib kepada media dan orang-orang besar yang datang berkempen
mungkin selama ini mereka dipinggirkan dan suara mereka tidak ada siapa mahu mendengar,
aku tidak salah kan mereka...

sebab itu semakin ramai orang beralih kepada media alternatif
sebab orang hanya akan mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat
dengan ini, media dan kerajaan tidak boleh salahkan kami..


renunglah kembali apa yang dah jadi kepada dunia hari ini
berhenti sekejap dan perhati sekeliling
fikir semula apa kerosakan di bumi yang telah aku buat sepanjang hidup ini
mana yang boleh diperbetulkan, betulkan lah,
mana yang kita tidak berdaya dan di luar kuasa, istighfar lah..

semoga Allah masih sayang dan mengampuni kita, tidak menurunkan bencana kepada bumi Malaysia..

marilah kita memohon ampun..