hari ini seorang lagi hamba Allah telah pergi (H.Serdang, 2.45 pm)
ada beberapa perkara mengenai hamba Allah ini yang sama dengan abah
jalan cerita hidupnya lebih kurang, penyakit yang sama even waktu kematian juga dekat-dekat
sejak abah pergi, average setiap bulan, ada saja orang yang menyusul
sedara-mara belah emak, belah abah dan juga orang-orang yang mendatangkan kesan dalam hati walau pun aku takde hubungan secara langsung dengan mereka
kematian itu rahsia Allah, rahsia terhadap arwah dan juga rahsia (hikmah) untuk yang ditinggalkan
semakin hari berlalu, semakin dekat kita dengan kematian...
masa,tempat dan bagaimana cara kematian telah ditentukan
semoga kita semua akan mati dalam iman dan cara yang terbaik
untuk keluarga arwah, takziah saya zahirkan
Ya Allah, ampunilah dia, lindungi lah keaibannya
lindungi dia dari fitnah manusia dan fitnah kubur
lapangkan dan terangilah kuburnya
tenangkan lah ruhnya
letakkan dia bersama orang-orang yang Engkau kasihi...
untuk keluarganya, tenangkanlah mereka
permudahkanlah segala-galanya untuk mereka
semoga mereka tabah dan dapat mengecap nikmat Mu...
Amin....
Tuesday, November 17, 2009
Friday, November 6, 2009
permohonan...
-dukacita dimaklumkan permohonan tuan/puan tidak berjaya
-permohonan anda sedang diproses
-hanya calon yang disenarai-pendek akan dipanggil untuk temuduga
segala terms di atas adalah 'ayat-ayat cinta' bila kita memohon sesuatu
tak kira lah cara manual atau pun computerised..
kita dah boleh agak jawapan-jawapan ni yang akan kita terima
tapi ada juga ayat-ayat yang menggembirakan, seperti:
-tahniah, permohonan tuan-puan telah berjaya...
reaksi kalau gagal bermacam-macam
tapi walau sesabar mana pun orang tu akan tersentap jugak sekejap
reaksi kalau mendapat jawapan yang baik pun pelbagai
ada yang membuat aksi stunt tak terlampau sangat
pada yang beringat, pasti alhamdulillah ucapan pertama
dalam pada tu ada jugak yang kata
-aku tak sangka boleh dapat, isi form pun suka-suka je
-aku sebenarnya tak apply pun benda ni, apply benda lain
paling haru...
-yang aku dapat tu sebenarnya nak melengkapkan borang je...
itulah, kita ni memang makhluk yang lemah
kadang-kadang kita akan rasa terlampau hebat
sampai kita tak sedar kelemahan diri, lupa nak bersyukur
ketika memohon kepada Allah prosesnya juga begitu
bila dan bagaimana doa akan dikabulkan kita tak akan tahu
doa kita masih dalam proses, ada yang dah berjaya dan ada yang tidak berjaya
ada juga yang kita dapat kita tak sangka-sangka
mungkin itu datangnay dari doa yang terlintas di dalam hati, fikiran atau terlepas ikut mulut dan lidah
jika ada yang buruk dalam perkara-perkara "ter" itu, istighfar lah, semoga ia tidak berlaku
ada orang boleh terima apa yang jadi
ada yang tidak
iman dan akal yang membezakan
di zaman ini, orang terdekat juga mempengaruhi tindakan
yang membezakan permohonan kita kepada hamba dan Empunya Hamba:
-kita takut dan was-was bila nak mohon kepada manusia (takut kena reject)
-kita tak malu nak memohon kepada Allah
-bila di reject oleh manusia, biasanya kita boleh terima (alasan takde rezeki)
-bila doa belum diperkenankan Allah, kita selalunya marah dan mengeluh (tak sabar la ni..)
antara permohonan kepada hamba dan Empunya Hamba, alangkah tidak adilnya aku..
Astaghfirullah....

Monday, November 2, 2009
PERKARA YANG KITA MAHUKAN...
Perkara Yang Kita Mahukan
Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1- Wajah yang cantik
2- Duit yang banyak
3- Kesihatan yang baik
4- Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- Tidur yang nyenyak tanpa ganguan
untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari...
Sabda nabi saw
Siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya
Siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat
Siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan
Siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat
Dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak
Sampaikanlah daripada nabi muhammad (saw) itu walaupun satu ayat.

Sunday, November 1, 2009
soal-soal hidup
selalu dalam hidup ni macam-macam benda yang jadi,
selalu yang datang pada aku secara jamak dan berkelompok
dalam mentafsir dan menganalisa semua perkara tu
selalu terjadi salah faham dan misunderstanding
end up sampai aku membuat keputusan yang kurang tepat
atau tersalah anggap terhadap orang lain
ada orang pernah berkata-kalau lah kita akan tahu ape terjadi esok hari
masa kecik-kecik dulu aku pun pernah terpengaruh dengan Doaraemon dan mesin masa
sebenarnya tak siapa pun akan tahu secara tepat apa yang akan jadi sebentar lagi
aku cuma berharap agar Allah memandu aku dalam setiap perkara
kerana setiap tindakan dan keputusan akan melibatkan banyak pihak
seboleh-bolehnya aku tidak mahu ada yang terluka atau teraniaya
aku selalu berharap aku dapat membezakan intan dan kaca
tambah-tambah lagi di zaman ini banyak benda yang artificial
bertambah rumit lah untuk aku membuat penilaian
terutama yang melibatkan hati dan perasaan
Ya Tuhan, aku mahu fokus dalam setiap tindakan ku
restu lah aku,pandu lah aku
terangkan lah hatiku dengan nur dan hidayah Mu
supaya bertambah keyakinanku
dan dengan itu aku akan lebih menghargai dan mensyukuri apa yang ada di depan mata

Subscribe to:
Posts (Atom)