setahun yang lalu..
bahagian dua...
24 December..
subuh...
selesai tahajud, masih penat tapi masih bertenaga
pagi kami selesaikan hal sendiri
sementara nak ke Hospital waktu melawat nanti
sempat breakfast nasi lemak
budak dua orang tu sempat main badminton
sempat pegi cc nak print result periksa
sempat siapkan barang-barang yang mak pesan
towel, selipar, tarmos dan segala macam
sampai masa nak pergi Hospital
ada je yang tak kena
baru nak cucuk duit kat atm
baru nak g isi minyak
ada je banda nak lengahkan perjalanan
aku macam ada rasa
abah dah tak lama
sekejap-sekejap tengok jam
sampai masa mak call
abah nazak
masa tu kitorang dah kat tempat parking dah
dalam masa nak naik lif
cuba tenangkan diri
ingat segala nya pasti jadi
cuma masa nya kita tak pasti
sampai di wad
doktor tengah usaha segala upaya
tabir dah ditarik
aku dah tak nampak dia
cuma mampu baca yasin saja
usaha terakhir membantu
menunaikan hak seorang bapa
zohor....
sampai separuh bacaan ke empat
doktor panggil mak masuk
tak lama lepas tu mak keluar...
Dari Allah Kita Datang Kepada Allah Kita Kembali
kami bertukar status, daripada berbapa kepada yatim
mak pun bertukar status daripada isteri kepada balu
abah pun bertukar status, daripada penduduk sementara kepada penduduk tetap
hari ini hari lahir abah di alam sana
semoga abah aman sejahtera
dirahmati Allah, diampun dosa
Ya Allah, temukanlah kami kembali di syurga...Amin...
Saturday, December 26, 2009
Wednesday, December 23, 2009
setahun yang lalu..
bahagian satu..
setahun yang lalu...
sebelum zohor,
masa ni, hari ni kami beramai-ramai di Hospital
setelah mendapat sms daripada mak
terus pergi Hospital dan tunggu abah dengan ambulansnya
selepas zohor,
abah sampai
terus masuk icu kaler merah
masih ada respon
dari airmata dan turun naik dada
asar...
masa ni jugak abah sudah tidak sedar
dah tak ada respon
dah masuk dalam kardiak room
dah tak boleh bernafas sendiri
kami hanya mampu melihat dan berdoa
dari luar dinding kaca
yang boleh masuk dua orang sahaja
maghrib..
abah terus tak sedar
badannya sangat sejuk
mata dah putih
ubun-ubun dah lembik
tapi kami masih tak tahu semua itu petanda...
isyak..
aku tinggalkan abah bersama emak
pulang ke rumah bersama adik-adik
itulah yang terakhir
aku melihat abah
selagi ada hayatnya,,
tahajjud..
kami hanya mampu berdoa
"Ya Allah, kalau masih ada umurnya, sihatkanlah dan kembalikanlah dia kepada kami
namun jika sudah sampai masanya Ya Allah, Kau permudahkanlah dia
ringankan lah sakitnya, jangan lah Kau seksa dia,
Kami redha.."
setahun yang lalu...
sebelum zohor,
masa ni, hari ni kami beramai-ramai di Hospital
setelah mendapat sms daripada mak
terus pergi Hospital dan tunggu abah dengan ambulansnya
selepas zohor,
abah sampai
terus masuk icu kaler merah
masih ada respon
dari airmata dan turun naik dada
asar...
masa ni jugak abah sudah tidak sedar
dah tak ada respon
dah masuk dalam kardiak room
dah tak boleh bernafas sendiri
kami hanya mampu melihat dan berdoa
dari luar dinding kaca
yang boleh masuk dua orang sahaja
maghrib..
abah terus tak sedar
badannya sangat sejuk
mata dah putih
ubun-ubun dah lembik
tapi kami masih tak tahu semua itu petanda...
isyak..
aku tinggalkan abah bersama emak
pulang ke rumah bersama adik-adik
itulah yang terakhir
aku melihat abah
selagi ada hayatnya,,
tahajjud..
kami hanya mampu berdoa
"Ya Allah, kalau masih ada umurnya, sihatkanlah dan kembalikanlah dia kepada kami
namun jika sudah sampai masanya Ya Allah, Kau permudahkanlah dia
ringankan lah sakitnya, jangan lah Kau seksa dia,
Kami redha.."
Subscribe to:
Posts (Atom)