Saturday, January 30, 2010

new..

2/2/2010...
new beginning...
new department..quit nervous actually
new subject...hopefully
new relationship...Insya Allah


semoga segalanya berjalan lancar
semoga dilimpahkan ihsan hamba Mu terhadapku..

Amin..Wahai Maha Pemberi..

Thursday, January 21, 2010

tolong bantu saya...beri saya tajuk yang sesuai...

hari ni (21/1) aku ke court, untuk discharge hearing
tapi hasil nya tak seperti diharapkan
aku sampai pukul 8.30 pagi, appointment pukul 9
tapi sampai ke sudah (dalam pukul 12)
aku tak masuk ke bilik hakim
nasib baik ada seorang lawyer yang nak masuk bilik tu jugak bagi tahu hakim dah takde
(mungkin sebab encik lawyer tu tengok tinggal aku saja kat situ...dia kesian kot)
then dia suggest untuk aku call p.a. hakim tu
siap tunjuk kat mana nak cari p.a. tu

punca masalahnya ialah komunikasi bersilang...
aku dapat surat daripada encik pegawai
tapi yang akan datang ialah cik pegawai
cik pegawai ni pula baru lagi
di kala peguam-peguam yang lain akan memanggil nama defendan
takde siapa pun yang panggil kami
padahal aku dok aim kamar 2 tu
sebab nama kes dah ada dekat papan kenyataan

akhirnya aku sms encik pegawai
menurut beliau, cik pegawai telah hadir ke mahkamah
dan tuan hakim telah menangguhkan bicara ke tarikh 13/4/2010

bengang kah aku?
tipulah kalau tak..

pertama...
aku tak kenal cik pegawai tu
aku kesal dia tak panggil kami

kedua..
my partner menyalahkan aku
sebab dia ajak aku redah aje kamar 2 tu
tapi aku menolak
aku fikir itu ialah mahkamah
dan aku tak nak perkara buruk terjadi
kalau kami redah saja dan akan memberatkan lagi kes ini

tapi segala yang aku fikir dan telah..
ternyata merugikan diri sendiri (buat masa ni sebab aku masih lagi bengang)
all of my considerations yet to be fruitful


hikmah nya?
aku masih belum nampak lagi
apa yang boleh aku catat kan- selepas ini aku akan redah saja
walau di mana dan apa risiko yang akan aku hadapi

sungguhpun begitu aku tetap besyukur..
alhamdulillah banyak doaku dimakbul kan untuk hari ini...
aku tak sesat..
aku tak lambat..
aku tak eksiden...
cuma aku tak dapat jumpa hakim
sebab aku tak doa secara spesifik untuk itu
mungkin doa-Ya Allah, permudahkan segala urusan hamba Mu-terlalu umum..


mungkin doaku belum cukup kerana iman dan takwa tak setinggi mana
namun aku tetap redha dengan takdir Allah untuk hari ini
memang peluang yang Allah bagi tak datang selalu..
tapi dalam kes aku..aku ada satu lagi peluang 13/4 nanti

kesimpulannya... Allah belum mengkehendaki perintah discharge itu terjadi..
Dia menguji sejauh mana kesabaran dan kematangan aku menghadapi ujian
supaya aku memandang dari sudut positif dan memperbaiki kelemahan diri yang mungkin terbias pada orang-orang yang terlibat hari ini..

Ya Allah.. aku berharap tiada aral yang akan menghalang pada 13/4 nanti
kurniakan kesihatan yang baik kepada kami
selamatkan lah perjalanan kami
temukan lah kami dengan cik pegawai
temukan lah kami dengan tuan hakim
lepaskan lah kami daripada hukuman dunia ini

aku perlu bersabar lagi
aku perlu kuatkan semangat
Dia tidak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tidak sanggup untuk ditanggung
kerana aku sangat yakin dan percaya.
Apabila Dia berkata "jadi..maka jadi lah.."

Friday, January 1, 2010

semakin hampir...

2009...the review

tahun yang sangat-sangat mencabar...
banyak benda nak kena fikir
banyak perkara nak kena buat
segala keputusan kena buat dengan cermat, tepat dan cepat...

sebenarnya tahun 2009 ni aku kehilangan ramai sedara mara
bermula dengan abah pada penghujung 2008
di akhiri dengan mak nini dan cik yah pula penghujung 2009
kalau diikutkan average 12 bulan tu, 12 orang saudara mara yang meninggal
baik belah mak dan belah abah

pemergian mereka ini benar-benar menyedarkan
membuka mata dan hati
untuk melihat hidup ini dalam konteks yang lebih luas
untuk lebih menghargai setiap perkara di depan mata
untuk lebih bersederhana dalam setiap perkara

aku menjadi lebih realistik
lebih memaafkan orang lain
sabar dan redha
malah aku kembali dekat pada Allah

benar lah kata orang, kita perlu dikejutkan supaya kita sedar
bila terima kejutan berbentuk kematian...memang aku sedar
kita semua akan mati...
masa,tempat dan keadaan, itu semua rahsia Allah..

tak perlu lah kita cepat melenting
tamak dan berdendam
itu semua tak akan membantu..

setiap kali ada kematian
aku akan cuba balik...
tapi ada juga yang aku tak datang
setiap kali itu juga lah aku akan rasa sedih
seolah-olah baru saja abah pergi
pernah terlintas untuk mengirim salam kepada arwah
supaya disampaikan kepada abah
kerana mereka barada di alam yang sama

tapi aku cepat tersedar
mereka juga tak berupaya
mengharapkan doa anak-anak nya
sama juga aku perlu berdoa untuk abah ku
dari sini aku sedar..kita tidak perlu meminta kepada makhluk
permintaan itu sebenarnya harus terus kepada Allah
kerana Dia sebaik-baik pemberi

setiap bulan akan ada ujian yang perlu aku hadapi
kadang-kadang aku tak yakin, boleh ke aku setel benda-benda ni?
kepada Dia aku memohon dipermudahkan
dan Alhamdulillah, aku berjaya menyelesaikannya

bila aku renung balik perkara-perkara yang aku lakukan
aku tak sangka aku dah buat benda-benda tu
sampai aku malu kepada Allah,
membantu aku dari segala sudut
menemukan aku dengan insan-insan yang baik
dan yakin lah aku kini
segala ujian itu memang sekadar kemampuan ku


2010...the hope
semoga aku menjadi insan yang lebih baik
semoga Allah menggantikan mereka yang telah pergi
dengan menemukan aku dengan orang-orang yang lebih baik
semoga kami sekeluarga sihat
semoga dimudahkan lagi segala-galanya
semoga aku mendapat husnul-khatimah

setahun meningkat usia
aku semaikn hampir kepda Dia..