Wednesday, April 21, 2010

belasungkawa--muhammad mubin..11/10/96-20/04/2010

salam to all..

daripada Allah dia datang, kepada Allah dia pergi..
jadi,siapa dia?

dia adik saya
sisi gembira abah saya
dia sangat setia menemani ibunya

dia tidak pernah menyakitkan sesiapa
dia tidak pandai berkata tidak juga
dia terlalu jujur dan tidak pernah memandang dan meminta..

segala sifat-sifat baik ini
di bawa sampai ke mati
sekarang tinggal ibunya sendiri
dengan adiknya yang belum mengerti

selepas abah tiada
saya cuba berbaik-baik dengannya
malangnya saya sempat memberi duit raya sekali sahaja
sepanjang 13 tahun hidupnya
saya tidak tahu apa dia suka
saya tidak dapat memahaminya
saya rasa saya kak long yang gagal saya kira

semalam bila melihat dia
saya sedar dia terlalu suci dan bersih
sebersih kehadirannya 13 tahun yang lalu
dia pulang dengan keadaan bersih sebersih-bersihnya

untuk adikku mubin..
terima kasih kerana memberi 13 tahun warna kepada saya
menyedarkan apa yang baik dan buruk untuk saya
memberi saya pengajaran untuk membersihkan hati dan jiwa saya

selamat tinggal mubin..
bersemadilah dengan aman
pasal mama dan adik..jangan kau risaukan
Insya Allah, Allah akan menjaga mereka dan melindungi untuk hari-hari hadapan

semoga Mubin dan Abah dipelihara Allah di sana
saya tidak mampu lagi untuk bertanya khabar
cuma mampu berdoa yang baik-baik sahaja

setiap kali ada saudara saya meninggal
list utk bacaan yassin saya akan bertambah
tapi, untuk mubin..saya tidak perlu tambah list
sebab dalam surah yassin itu sendiri
nama mubin akan saya baca berulang-ulang kali

al-fatihah..

Friday, April 9, 2010

matahari....

sekarang musim panas, di kl sangat panas
setiap hari tengok berita bahagian ramalan cuaca
kalau diramalkan hujan, alangkah gembiranya..
tapi hujan yang diharapkan selalu turun sekejap sahaja
tidak mampu untuk menghapuskan bahang panas sepanjang hari..
sampai ke malam hingga dinihari..

selalu kalau cuaca panas..membahang sampai ke hati..
badan berpeluh..rasa tak selesa sangat
muka melekit dan jerawat pun naik
mula lah nak cari deodran terbaik dan juga krim anti uv
semata-mata nak menjaga diri..

ramai juga yang menyalahkan matahari
selalu kita mengeluh..kenapa lah panas sangat?
sungguh tak selesa..
lagi-lagi masa balik kerja naik bas atau lrt
selalu kita berkata-rasa nak pengsan tadi!!!

tapi kita tak sedar kepentingan matahari
menjadi nadi kehidupan di dunia ini
membantu proses fotosintesis-membekalkan oksigen untuk kita bernafas tanpa henti
menjadi pelengkap siang dan malam-supaya kita tahu masih ada harapan untuk esok hari
menjadi tonggak cakerawala-supaya kita masih mampu untuk berkalendar-tahun,bulan dan hari

hubungan kita dengan manusia juga begitu..
sekali silap dia lakukan
akan memadam segala kebaikan yang pernah dilakukan
seolah-olah segala kebaikan itu tidak pernah terbekas dalam hati
hingga keburukan sahaja yang dilihatnya

memang kita akan memilih yang favorable sahaja
ditambah dengan hasutan syaitan nir rajim..
hati kita akan terus kotor dan hitam-tenggelam dalam lautan benci...

itu hubungan kita dengan manusia..
dengan Allah..cuba kita renungkan
berapa nikmat dan rahmat dalam sehari Dia bagi
nisbahkan kepada ujian dalam sehari Dia beri

kepanansan bahang mentari
sebenarnya angkara sendiri..
kita mungkin boleh berkata kita tak buat
krim uv dan deodran untuk jagaan luaran..
bagaimana kita menjaga hati???

kot ye pun janganlah kita marahkan matahari
apa-apa ujian kita terima, kita kena sabar..dan redha..


aku teringat iklan tv masa kecik-kecik dulu
dalam iklan tu, ada ayat ni.."ibu pun macam matahari.."





p/s- akan bersambung..