Monday, March 21, 2011

dunia..

tahun 2011 baru masuk bulan 3
tapi macam-macam dah jadi pada dunia
mula dengan rusuhan dan rampasan kuasa di asia barat
sekarang gempa bumi dan tsunami di asia timur pula

tapi manusia memang tak pernah sedar dan belajar
masih lagi dengan perangai yang sama
mana yang tamak, terus tamak
mana yang menindas, tetap menindas
yang enjoy dan joli katak terus bergembira
luncai terjun dengan labu, mat jenin tetap berangan-angan
seolah-olah apa yang sedang jadi pada dunia tak ada apa-apa

situasi kita di Malaysia, berita dunia akan ditutup dengan berita pilihanraya
terus terang aku malas nak tengok berita dan baca surat khabar bila ada sahaja pilihanraya
tapi, kalau dilihat dari sudut positif, ini lah sahaja masa yang ada untuk anak tempatan mengadu nasib kepada media dan orang-orang besar yang datang berkempen
mungkin selama ini mereka dipinggirkan dan suara mereka tidak ada siapa mahu mendengar,
aku tidak salah kan mereka...

sebab itu semakin ramai orang beralih kepada media alternatif
sebab orang hanya akan mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar dan lihat
dengan ini, media dan kerajaan tidak boleh salahkan kami..


renunglah kembali apa yang dah jadi kepada dunia hari ini
berhenti sekejap dan perhati sekeliling
fikir semula apa kerosakan di bumi yang telah aku buat sepanjang hidup ini
mana yang boleh diperbetulkan, betulkan lah,
mana yang kita tidak berdaya dan di luar kuasa, istighfar lah..

semoga Allah masih sayang dan mengampuni kita, tidak menurunkan bencana kepada bumi Malaysia..

marilah kita memohon ampun..