aidilfitri telah berlalu
then i need to write something about raya
1. solat aidilfitri
selalu kami solat di muar
tapi tahun ni for the first time after 18 years, kami solat di tempat sendiri
masing-masing blur sebab tak tau solat start pukul berapa
pemandangan pagi raya pun lain
kalau kat kampung, ramai orang berpusu-pusu ke masjid sejak awal pagi sebab solat mula pukul 8
kat rumah sendiri, tak nampak pun orang pergi masjid sebab neighbour ramai balik kampung
kitorang pergi gak la agak-agak pukul 8
sampai masjid rupanya start kul 8.30...
2. salam dan silaturrahim..
tahun ni ada tangan yang tak dapat disalam, tapi ada tangan baru yang disalam
abah, wak sani, nyai pah, tok pah, tok ude, dan pakcik nazri adalah orang-orang yang telah mendahului...
diganti dengan salam pak long,cik atan, cik ta and ucu mi di pagi syawal
tahun ni, kami dah tak pergi rumah nyai pah dan wak sani sebab dua-dua dah tak ade
tapi kami pergi rumah kak mon sebab wak sah ada kat sana
kami juga pergi rumah sepupu mak yang kami baru kenal dan keadaan mereka agak daif juga..Insya Allah kami akan melawat Wak ni masa-masa akan datang
3. kuih raya
tak buat, tak beli, bak kata mak-kuih datang sendiri
terima kasih kepada orang-yang sedekah kuih raya untuk kami..
teruatama kak ju, mak nah, mak ju, cik nyah..
kalau ada yang tertinggal.maaf lagi sekali
4. duit raya
alhamdulillah..walau pun umur ni, dapat duit raya lagi
to all my bosses, thank you very much
tapi yang paling best masa g raya umah lin
cum dia punya wedding
dapat duit raya dalam beg goodies dia
terasa kebahagiaan zaman kanak-kanak telah kembali...hehehe
5. puasa
alhamdulillah aku berjaya menghabiskan puasa enam dalam limited time frame.
itu antara peristiwa yang aku ingat sepanjang aidilfitri..memang la ceria raya macam dah basi
tapi kalau kita ingat balik, setiap kali raya kita mesti akan jumpa dengan pelbagai ragam dan peristiwa...
semoga kita semua akan kembali kepada fitrah, menjadi hamba yang lebih bersyukur dan bertemu lagi ramadan dan lebaran tahun hadapan...
No comments:
Post a Comment