Sunday, July 18, 2010

biggest losers..

ada satu pertandingan
pertandingan menguruskan badan

untuk apa kurus?
ada kata-untuk kecantikan
ada kata-untuk kesihatan
ada kata-untuk kepuasan

aku memang nak kurus
sebab..baru-baru buat detail checkup
ada lemak di organ
jadi, untuk mengelakkan penyakit yang teruk
biarlah lemak-lemak itu pergi dari organ-organ itu

bagaimana mahu kurus?
makan ubat kah?
minum susu berformula kah?

senang saja sebenarnya
jaga makan dan bersenam
ye la senang..senang cakap je

aku sedang usaha
makan alhadulillah berjaya dikawal
tapi dalam proses ini
baru aku sedar, aku makan bukan sebab lapar
tapi sebab orang dan suasana
kalau sorang-sorang ok je

bersenam?
ada banyak sangat options..
semua dalam proses percubaan
terutama waktu pagi
sama ada ke gym,ke taman atau aerobik kat rumah
kekangan waktu (semua orang beralasan yang sama kan?)
di pejabat ada aktiviti pada waktu petang selama 3 hari
lagi 2 hari, buat sendiri

2 hari hujung minggu paling mencabar
duduk rumah mak bersenang-lenang
ingat nak lari dari rutin harian
makanan pulak banyak
awal2 lagi, aku dah kata
kita makan ikut orang dan suasana

dua minggu dah berlalu
rutin harian sangat sihat aku rasa
hujung minggu cuba kawal situasi
sematkan dalam hati
aku yang kawal keadaan
bukan keadaan kawal aku

dua minggu sudah berlalu
memang kaki sakit sebab berjoging
daripada sakit lutut menaggung beban
sakit kaki lagi berbaloi
sebab aku tau masa kaki aku sakit
otak,jantungmparu-paru bergerak aktif
tanda badan akan sihat dan sejahtera

apa-apa pun yang aku usahakan
Ya Allah,Kau permudahkan lah
jangan Kau tarik segala nikmat yang Kau beri
baik nikmat pancaindera mahu pun anggota
biar semuanya dapat ku bawa ke sana...

1 comment:

  1. good luck aton. hopefully berjaya la ko ngan group ko nanti

    ReplyDelete