Wednesday, October 14, 2009

thirteen ten

13.10 memang hari untuk diingati
hari ini juga antara hari-hari yang paling bermakna dalam hidup ini

aktiviti...
pagi-pergi mahkamah syariah utk hearing sijil faraid abah
-breakfast kat kedai mamak
-g buat spek baru
pagi tak pagi sangat-apply streamyx utk abil (berseri-seri budak tu bila nak pasang internet)
tengah hari-balik kl naik bas (tak dapat direct, kena turun klang dulu)
petang (dalam kul 2.30)-dari klang naik bas kl lak
kul 3.30-sampai kl-naik lrt g pejabat mara
dalam kul 3.45-sampai kat pejabat mara
kul 4.30-setel pasal loan-patah balik ke masjid jamek
kul 5.00-makan sorang-sorang kat burger king masjid jamek
5.30-g kelas sampai malam

kalau ikutkan macam tak logik semalam bleh setel 3 benda dalam satu hari (hearing, streamyx, bayar loan mara), actually aku quit nervous masa nak start hari ni
lepas subuh, aku doa satu-satu perkara yang bakal aku buat semalam
then masa naik segala public transport tu (kita faham sendirik kan masalah problemnya), aku terus berdoa moga-moga sempat la aku sampai on time...

alhamdulillah... segalanya berjalan lancar
alhamdulillah... aku sampai kat setiap tempat on time
alhamdulillah... takde halangan untuk aku mengerjakan solat
alhamdulillah... satu major loan dah selesai secara full settlement
alhamdulillah... aku sempat mengalas perut walaupun lewat
alhamdulillah... aku dapat pergi ke kelas
alhamdulillah... diriku dan harta benda ku selamat dalam setiap perjalanan

aku rasa sangat bersyukur, aku rasa sangat dilindungi, aku rasa sangat disayangi kerana segala urusan ku semalam dimudahkan. Maha Suci Tuhan, Allah Yang Maha Pengasih...terima kasih...

tapi hati manusia lemah macam aku ni memang penuh rasa risau dan syak-bila sijil faraid tu nak keluar? macam mana pulak urusan EPF nanti? bila pulak streamyx tu nak pasang?ape lak problem yang akan timbul dari streamyx tu?

semua tu sebenarnya di luar jangkauan pemikiran aku ni, cuma syaitan yang kerap berbisik supaya aku risau dan syak wasangka.

Ya Allah, Kau peliharalah hati ini daripada tipu daya syaitan, aku berlindung dan berserah padaMu, jika perkara-perkara itu baik buatku, aku terima, jika perkara-perkara itu buruk bagiku (penilaian hati yang lemah), Kau permudahkanlah dan kurniakan lah aku kewarasan dan ilham utuk menyelesaikan segalanya dengan baik .. Amin Ya Rabbal 'Alamin..



BIRTHDAY ABAH
actually hari ni birthday abah, kalau abah masih ada, umurnya dah 53, tapi Allah telah menetapkan umur abah hanya sampai ke angka 52
lepas hearing, mak ajak pegi rumah abah, tapi aku tak sempat sebab nak balik kl

tahun-tahun lepas aku akan sms abah utk wish (hubungan aku dengan abah sangat complicated), then selesai solat aku akan doakan dia
sekarang aku terus doakan abah walau dah tak sms dah

kami pernah buat kek utk abah, beli hadiah utk dia
sekarang semua tu just tinggal kenangan...

hari ni hari lahir abah di dunia
later posting aku akan mention bila hari lahir abah di akhirat

Ya Allah, ampunkan lah abahku, lapangkan dan terangkan kuburnya, tenangkanlah ruhnya,peliharalah dia sebaik-baiknya sebagaimana dia memeliharaku ketika kecil...amiiiinnnn


colors of the day- be thankful (bersyukur)

1 comment:

  1. yup.. sgt miserable when its come to their birthday, or any important date pun. apetah lagi bile orang lain macam x ambik endah pun.

    ReplyDelete